Monday, 11 July 2011

APA ITU PPDa

PPDa SECARA AM 
 
LATARBELAKANG PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
     Pada 8hb Februari 1983, Jawatankuasa Kabinet Antidadah telah mengisytiharkan ”Dadah Musuh Utama Negara”. Dalam hal ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah diberi tanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah. 
     Sasaran utama program ini ialah kepada murid, guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa. Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah dilaksanakan secara bersepadu melalui empat strategi utama iaitu Pengurusan dan Kepimpinan, Kokurikulum dan Pembentukan Sahsiah. 

MANDAT
Mandat adalah apa yang disuruh atau diarah oleh pihak yang bertanggungjawab dan “stakeholder” Mandat juga merupakan tauliah atau punca kuasa kepada organisasi dalam membuat keputusan 
dan menjalankan sesuatu tindakan.  Mandat yang menjadi rujukan pendidikan pada hari ini ialah
Akta Pendidikan. Surat Perkeliling dan Perkeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam.

Berikut adalah beberapa contoh mandat yang berkuatkuasa dan perlu dipatuhi oleh pihak sekolah                   dalam membina strategi dan menjalankan tugasnya. 

1. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 3 / 2004 
- Memperkasakan Pendidikan Pencegahan Dadah di SekolaH
2. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 6 / 2006 
-Menangani masalah kesihatan.
 3. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 2 / 1979
 -Laporan murid-murid dalam keadaan risiko
  Penyalahgunaan Dadah yang memerlukan pertolongan.
 4. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 8 / 1986
-Penyalahgunaan inhalan
 5. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 4 / 1997
 -Hukuman ke atas murid menghisap rokok.
 6. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 3 / 2004 
-Langkah-langkah keberkesanan Disiplin Sekolah.
 7. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 1 / 1995
 -Program Mencegah dan Membasmi kegiatan penagih dadah
  di agensi kerajaan.
 8. Surat Pekeliling Perkhidmatan bil 310 / 1984 
-Peraturan dan tindakan ke atas pegawai dan   
kakitangan kerajaan yang terlibat dengan penagihan  \
dadah.
 9. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 8 / 1983 
-Mengenakan hukuman biasa murid-murid yang melakukan
  perbuatan salahlaku yang tidak dinyatakan dalam
  peraturan pelajaran.
 10. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 1 / 1983
 -Garis panduan kempen anti merokok di sekolah.
 11. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 7 / 1995 
-Petikan dari akta dadah berbahaya.
 12. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 7 / 1975
 -Garis panduan untuk mengenai / mengecam orang yang
   menggunakan atau menyalahgunakan dadah.
13. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 6A / 1975
-Disiplin murid-murid menghisap rokok

  MATLAMAT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

       Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah ialah untuk memberi pengetahuan,
         kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa akan
         bahaya dadah agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah agar
         mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran
                                                                ”Sekolah Bebas Dadah 2012”.


  RASIONAL

 Masalah penggunaan dadah yang berleluasa hari ini bukan sahaja melibatkan orang dewasa tetapi
       menular kepada golongan remaja. Kejadian ini menjadi lebih genting disebabkan pengeluaran pelbagai
        jenis dadah tiruan yang semakin bertambah. Keadaan ini meyebabkan murid kita sentiasa terdedah
                     dan berada dalam keadaan berisiko untuk turut terlibat. Menyedari hakikat ini,
                   Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan
                       Program Pencegahan Dadah di sekolah secara sistematik dan berkesan.